I am Mysterious

I am Mysterious
Loving me is like loving yourself

Tuesday, November 22, 2011

Heart You


i love you <3


Hai para gadis dan jejaka-jejaka sekalian. Sebelum tu, saya pasti tak ramai jejaka yang membaca blog saya ni. Sebab peratusan untuk jejaka membaca blog saya sangat tipis. Dengan jumlah mereka yang nipis berbanding perempuan, dan jugak dengan sifat mereka yang banyak tak suka membaca perkara remeh yang sering diutarakan oleh seorang perempuan macam saya, maka saya concludekan yang pembaca blog saya ni rata-ratanya terdiri daripada kaum hawa. Huehuehue! Lelaki mana suka membaca. Dulu dekat sekolah yang selalu menang aktiviti membaca, NILAM tu pun banyak terdiri daripada gadis-gadis je.

Oh ya, aku sedang bosan. Maka aku suka berangan. Harini aku berangan untuk berkahwin dan mempunyai anak. Bukan gatal namanya, tapi perempuannnn kan memang suka berangan. Aku ingat aku nak kahwin dalam umur 26tahun nanti, lepas habis belajar. Tapi kalau ada orang datang pinang awal, aku terpaksa lah kahwin awal. Well, jodoh dah datang kan nak buat macam mana. :P Just married la jawabnye. Muehehe. Eh inaaa, umur baru 21 dah pandai berangan untuk berkahwin. Tu baru saya. Belum gadis-gadis sunti yang lain yang lagi muda. Mesti mereka juga selalu berangan untuk berkahwin, kannnnn. Hehehe. Apa salahnya kahwin muda. Seronok apa. Lagi-lagi yang dah berkemampuan dan dah punya kekasih hati. Nak bercinta pun rasa bahagia sebab semua benda halal kan.Tapi, aku terfikir jugak. Kalau aku kahwin awal, siapa nak bagi makan aku di masa depan nanti? Dengan pelajaran yang entah ke mana, dengan masa depan yang tah apa-apa, boleh ke aku survive? Nak harapkan bakal suami je, aku ni dah la mengadaaaa,haih. Dah la aku nak mempunyai anak seramai yang boleh, memang tak mampu lah kan suami nak tanggung kesemuanya. Lagi-lagi kalau bakal suami aku tu jenis yang miang, yang berniat nak kahwin lebih daripada satu. (minta dijauhkan) heehee!

Oh, mentang-mentang lelaki dah kurang, perempuan dah ramai, mula lah tu nak pasang niat nak buat amal ibadah kononnya. Lelaki, lelaki. Pukul dengan penyapu tahu la! Hihi. Harap harap bakal suami saya nanti takde nak pasang niat macam tu.Semburkan sikit mandrem cinta kat bakal suami. FUH FUH :P Kalau ada pasang pun, aku tahu dia tak mampu. Sebab aku niat nak beranak ramai. Makin ramai anak, makin banyak tanggungan. Makin banyak tanggungan, makin banyak tanggungjawab, makin susah bakal suami nak berfoya-foya dan juga makin tipis probability dan kemampuan si bakal suami untuk kahwin lagi satu. Hik hik. Kenapa aku nak beranak ramai? Anak itu kan anugerah dan hadiah daripada Allah yang tidak ternilai harganya. Aku harap dapat lah didik anak aku nanti supaya mengenang jasa dan menjadi anak yang taat kepada perintah agama. Ewah. Aku ni berharap macam lah aku nak beranak esok hari. Ish, takpe. Pasang niat awal, tak salah kan.

Oh ya, aku pasang niat nak kahwin umur 26 tahun sebab aku taknak menyesal kahwin awal. Aku bukan takut. Selain takde orang nak masuk meminang lagi buat masa ni, aku juga taknak masa depan aku diabaikan disebabkan perkahwinan. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman dulu nak kahwin 15tahun pun boleh, takda masalah. Rasa bahagia je kahwin muda. Tapi sekarang? Susah beb, susah. Kenapa aku cakap susah? Sebab sekarang ni semua benda perlukan duit. Wang, money, currency. Perlu kan? Dan nak cari duit itu juga satu hal. Rezeki semua memang datang daripada Allah. Dia lah maha pemberi rezeki. Tapi kalau aku tak usaha pun, rezeki takkan datang secara tiba-tiba, kan? Yang penting ada seseorang yang susah senang samasama. Everything gonna be okay :) Amin..

lots of love
big hug
ina

2 comments:

  1. ina, dulu kat sekolah gadis2 je yg menang program nilam adalah disebabkan sekolah kita memang hanya ada gadis2 aje. haha

    ReplyDelete