I am Mysterious

I am Mysterious
Loving me is like loving yourself

Friday, December 16, 2011

Ceriteraku Cintaku Studyku Stidoku



Assalamualaikum :)

Morning! Bangun pagi2, lepas mandi wangi-wangi je rasa nak update blog. Actually aku memang busy. TEST!! COMMON TEST! *seram! Aku jugak Penat, sedih, duka, lara, kecewa..oke aku tipu.hehehe! Sambil tengah breakfast nescafe buih dengan butterscoth tangan menaip dengan jayanya. Semalam best sangat tersesat, nak pegi sunway tapi sampai summit, melepak, karaoke, makan kat restoran thai pekena tomyam, som tam. nyummmilicious! shopping, bergelak ketawa dengan wani, ika, tinie. Semua memang sporting gila habis tahap maximum.hahaha.asyik! :) Balik memang penat tayah cakap lah.. Kroghh kroghh. Sweet dreams princess <3 Gambar banyak je snap, haish gedik2 belaka ;') Malas nak upload kat sini. Nanti2 lah bila dah ada masa terluang ;p Saya tengah tunggu wani, tinie, ika bangun dari lamunan mimpi indah neh..aiyakk! Plan nak pegi study dekat Library. Semangat Healthcare Management <3. Aja-aja Fighting!

Okay nak berjiwa-jiwa sekejap boleh tak? bole?? heee. maceh :)

Dear,Loving u never DIE ! <3
Untuk mengecapi kebahagiaan.. persefahaman amat penting dalam perhubungan selain bersifat jujur, adil, setia dan bertolak ansur. Dulu aku selalu pikir dan cakap tanak kahwin sebab aku mampu ada semuanya. Konon berdiri di atas kaki sendiri. Tapi sekarang makin meningkat usia aku dapat rasakan bodoh bila berfikir macam tu.HEHE. Mak aku ada pernah brainwash otak aku. Ayat yang memang menusuk jiwa,jantung,hati. *setinggi mana pun kita belajar, sebesar mana pun pangkat kita dalam kerjaya, Sekuat mana pun diri kita hadapi cabaran hidup. LELAKI~SUAMI jugaklah yang setiap wanita perlu bersandar. SURIRUMAH jugaklah yang pasti untuk wanita bergelar isteri. Seeeeee! makan dalam kan ayat mak aku. huuuu :) Let's face it with big smile :)) Semoga hubungan yang terjalin akan berkekalan dan menemui pintu kebahagiaan dan keredhaan disisiNYA. AMIN <3

lots of love
big hug
ina

Tuesday, November 22, 2011

Heart You


i love you <3


Hai para gadis dan jejaka-jejaka sekalian. Sebelum tu, saya pasti tak ramai jejaka yang membaca blog saya ni. Sebab peratusan untuk jejaka membaca blog saya sangat tipis. Dengan jumlah mereka yang nipis berbanding perempuan, dan jugak dengan sifat mereka yang banyak tak suka membaca perkara remeh yang sering diutarakan oleh seorang perempuan macam saya, maka saya concludekan yang pembaca blog saya ni rata-ratanya terdiri daripada kaum hawa. Huehuehue! Lelaki mana suka membaca. Dulu dekat sekolah yang selalu menang aktiviti membaca, NILAM tu pun banyak terdiri daripada gadis-gadis je.

Oh ya, aku sedang bosan. Maka aku suka berangan. Harini aku berangan untuk berkahwin dan mempunyai anak. Bukan gatal namanya, tapi perempuannnn kan memang suka berangan. Aku ingat aku nak kahwin dalam umur 26tahun nanti, lepas habis belajar. Tapi kalau ada orang datang pinang awal, aku terpaksa lah kahwin awal. Well, jodoh dah datang kan nak buat macam mana. :P Just married la jawabnye. Muehehe. Eh inaaa, umur baru 21 dah pandai berangan untuk berkahwin. Tu baru saya. Belum gadis-gadis sunti yang lain yang lagi muda. Mesti mereka juga selalu berangan untuk berkahwin, kannnnn. Hehehe. Apa salahnya kahwin muda. Seronok apa. Lagi-lagi yang dah berkemampuan dan dah punya kekasih hati. Nak bercinta pun rasa bahagia sebab semua benda halal kan.Tapi, aku terfikir jugak. Kalau aku kahwin awal, siapa nak bagi makan aku di masa depan nanti? Dengan pelajaran yang entah ke mana, dengan masa depan yang tah apa-apa, boleh ke aku survive? Nak harapkan bakal suami je, aku ni dah la mengadaaaa,haih. Dah la aku nak mempunyai anak seramai yang boleh, memang tak mampu lah kan suami nak tanggung kesemuanya. Lagi-lagi kalau bakal suami aku tu jenis yang miang, yang berniat nak kahwin lebih daripada satu. (minta dijauhkan) heehee!

Oh, mentang-mentang lelaki dah kurang, perempuan dah ramai, mula lah tu nak pasang niat nak buat amal ibadah kononnya. Lelaki, lelaki. Pukul dengan penyapu tahu la! Hihi. Harap harap bakal suami saya nanti takde nak pasang niat macam tu.Semburkan sikit mandrem cinta kat bakal suami. FUH FUH :P Kalau ada pasang pun, aku tahu dia tak mampu. Sebab aku niat nak beranak ramai. Makin ramai anak, makin banyak tanggungan. Makin banyak tanggungan, makin banyak tanggungjawab, makin susah bakal suami nak berfoya-foya dan juga makin tipis probability dan kemampuan si bakal suami untuk kahwin lagi satu. Hik hik. Kenapa aku nak beranak ramai? Anak itu kan anugerah dan hadiah daripada Allah yang tidak ternilai harganya. Aku harap dapat lah didik anak aku nanti supaya mengenang jasa dan menjadi anak yang taat kepada perintah agama. Ewah. Aku ni berharap macam lah aku nak beranak esok hari. Ish, takpe. Pasang niat awal, tak salah kan.

Oh ya, aku pasang niat nak kahwin umur 26 tahun sebab aku taknak menyesal kahwin awal. Aku bukan takut. Selain takde orang nak masuk meminang lagi buat masa ni, aku juga taknak masa depan aku diabaikan disebabkan perkahwinan. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman dulu nak kahwin 15tahun pun boleh, takda masalah. Rasa bahagia je kahwin muda. Tapi sekarang? Susah beb, susah. Kenapa aku cakap susah? Sebab sekarang ni semua benda perlukan duit. Wang, money, currency. Perlu kan? Dan nak cari duit itu juga satu hal. Rezeki semua memang datang daripada Allah. Dia lah maha pemberi rezeki. Tapi kalau aku tak usaha pun, rezeki takkan datang secara tiba-tiba, kan? Yang penting ada seseorang yang susah senang samasama. Everything gonna be okay :) Amin..

lots of love
big hug
ina

Tuesday, October 25, 2011

Ina Busy

Lama tak update. sebab aku busy gilaaa. Haih. *ina tak baek mengeluh.oke takkk :) Assingment Quiz Presentation Test ni nak final pulak. Ya Allah..sesak nafas gak lah kalau tak kejar sume tu cepat-cepat. Permudahkan laaa.

Monday, September 26, 2011

25 SEPTEMBER ;)



Al-kisahnyeeee story ni tak boleh nak detail sangat kat blog.haha! Boleh buat semua orang gelakkan saya dgn kawan2 saya jerpp! huaaaa ! Bermulanye bila pegi UITM Shah Alam ada benda nak settle :) Sekali tak boleh settle PTPTipu uhh. oke foine~~ dengan redha dan rasa tak senangnye rasa macam takkan nak balek puncak alam terus kottt. Tingggg! tanya kikin kau nak g mana weh pasni. Tanya punya tanya sembang punya sembang sampai Damansara. Before sampai damansara tula ada something happen! Nebes taw ! Tutup cite something tu =p Paham paham lah kalau dah bertiga tengah stress pegi OU lepak, jalan, buat kacau, buat bising, buat malu, buat muka tak malu, buatbuat malu! biase lerrr :))

Nak balek tu pulak ada lagi benda jadi. Hadoi, sabar jelah sabariah! mampu gelak lagi kan :D

Ada kesah dan kejadian di sebalik gambar ni semua. Macam Macam Lebuhraya. dot dot dot! Mula-mula intro memang gile tension pikir apasal lah aku kena lalui keadaan dan situasi yang macam ni. Nak nangis dah besar :D smile! Untungnyeee ada sahabat berdua yang memang baik hati, susah senang samasama* Double Meaning! err..! HAHA. Eventhough otak memasing memang lah tak central.. tengah problema boleh lagi bergelak ketawa macam orang dapat untung business 1-2K tuuu. Malam tu lepak tak hengat dunia, bergosip jek. * ( tol 1.10, tengah highway, pintu ruma apartment atas, anjing comel, hujan, berlari berkejaran ) Sumpah memory yang best yang gile memang aku ingat sampai bilabila dengan korang. Apa-apa pun problem tu samasama settle., dah ala-ala charlies angles! *angles sangat. lalala ;) happy angat angat. thanks wani! thanks kikin! jasamu dikenang

Pengakhiran cerita secreto de amor yea :)))

lots of love
big hug
ina

Saturday, September 17, 2011

Kad Matrix Punya Hal


Pagi-pagi dah siap2 cam apa je semangat. Konon-konon pukul 9.30 tu habis awal lah kan pegi..sekali tengok dekat kolej rafflesia tu penuh dengan manusia entah dari pelusuk mana. HAHA! follow jela..beratur ikut giliran nak buat matrix card. sambil2 tu berbual tak benti..gosip tu ini. sekurang-kurangnye tade la rasa nak marah ke sebab entah apa la lama sangat tunggu. yang paling penting LAPAR plak. ni yang tak boleh handle :'( sedap bau makanan kat bawah.

Zuppppp! dah amek gmba sume. siap! kol 12.20 bru siap. bayangkan lah betapa sabarnye kitorang nih.wink! sempat lerr snap gambar.. :) rasa nak baring je kat carpet tu mengenangkan ramai je orang kat situ. hewhewhew! lepas tu terus gerak ke ampang.. nak g wedding auntie rina, then wedding lecturer tersayang and faling sporting Miss Dayah..cantik sangat dye :) nak kawen jugak lah ^_^......brrrrrrr :) bab makan tayah cakap memang number one! lepas tu je pegi open house. malam tu lepak ruma family rina. thanks rina! kau mmg best! HAHA. before balek puncak pegi lagi open house. syok uhh! drive balek puncak punya lah speed maklum lah penat gile. balek je lenyap! =DD

lots of love
big hug
ina

Thursday, August 4, 2011

Emosional


Banyak benda terjadi kepada saya tahu semenjak kehilangan saya tak berupdate dalam blog nih. Ngeh ngeh. Mula2 keje cashier kat econsave..ade la sebulan lebih pastu chaww =p penat gila boleh tak kat situ. berdikari lah konon. heee. then, Encik Azhar call dapat offer keje kat hospital sultan abdul halim as Pembantu Tadbir N17 so accept sebab more better rite :) baru betul-betul masyuk =D tak lama pastu result degree keluar. Alhamdulillah dapat jugak yang saya nak Degree in Health Administration kat UITM kampus Puncak Alam tuuu. My BFF wani pun dapat cos and campus yang same. Sangat bersyukur since sekolah rendah, menengah, diploma and after this degree boleh samasama lagi. asyik ! Thanks Allah :)

Dah bila dapat tu macam-macam la kena buat kan. Duit pun laju jea keluar. gullppp ! Buat medical checkup, buka akaun bank islam* ape cimb dengan maybank tak boleh ke? huh!, proses ptptn, bayar yuran uitm, deposit duit rumah sewa apartment kat puncak tu. boleh tahan lah duit habis. beli tu beli ni. ni nak raya lagi nihh. ha cene..HAHA. relaks-relaks :) lepas jea raya dah kena pegi. Apa patut saya buat sekarang MAKAN puas-puas, banyak-banyak. lepak dengan family sepuas-puasnye. heehee

Hai hai hai.Selamat berpuasa u ollzz. Saya tanak update bukan sebab saya merajuk, tapi sebab saya busy dan malas. Ya, saya malas nak update sekarang sebab rasa macam.. malas :)

Anyway ni saye update je jugak. Nak warm up. Nak say something about my own kind. Perempuan. Yes, saya tak faham macam mana seorang perempuan tu boleh terlalu emosi bila berkaitan dengan perasaan ni. Cinta, especially. Kenapa perlu beremosi sangat? siapa yang emosi sebenarnye? Saya ke orang yang baca ni? Well =DD

Tahu tak perasaan emosi kita yang berlebihan tu boleh mengundang kemurungan untuk diri sendiri? Betul tak tipu =p That's why we should control our emotion. That's why we should put our pride first before emotion. Chait ! HAHA. OKE serius balek.,hmm sebab emosi tu yang membuatkan seorang perempuan tu nampak lemah. nampakkkkkkkkk..? Senang terguris, senang menangis, senang sedih, dan senang cite kite weyhhh - menyedihkan.

Saya tetap menyukai lelaki sebab saya ni pecinta lelaki bukan pecinta wanita yea. HAHA. Perasaan ni sume kan Allah yang pinjamkan kat kita. So, kita sebagai manusia ni hanya mampu buat seperti biasa saje. Jangan nak emosi sangat dan jangan nak beriya sangat. * ingat tu cik ina..huuuu :) Sebab selalunye kalau dah ditetapkan dia tu memang jodoh kita, memang tak kemana la jawabnye kan. kuikuikui

Gila semangat cite. Asal nak taip sikit jea weh. And sebenarnye tak tahu nak tulis ape kat sini. Saje nak post something, Bukan untuk memberitahu cerita, tapi untuk memberitahu kewujudan saye. Yang. Masih. Di sini. Je. Hehe :D



lots of love
big hug
ina




Sunday, May 1, 2011

PRE-CONVO





















Banyak lagi gambarnye. Share sikit-sikit sudahhh. yang laen personal ;)
Aksi-aksi kanak-kanak ribena. HAHA
Thanks University College Shahputra :)
Saya bangga jadi warga shahputra. I learn everything about LIFE there :)